Unta (bahasa Inggeris: camel) ialah mana-mana satu daripada dua spesies
ungulat yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam genus
Camelus, iaitu:
Camelus dromedarius (ponok tunggal) yang terdapat di Afrika utara dan
Asia barat;
Camelus Bactrianus (ponok kembar) yang terdapat lebih jauh di utara dan
timur Asia tengah.
Kedua-dua jenis berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika
utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun.
Istilah unta juga digunakan secara umum untuk merujuk kepada mana-mana
satu daripada enam haiwan yang seakan-akan unta dalam famili Camelidae:
dua jenis unta benar, dan empat jenis kamelid Amerika Selatan: Llama,
Alpaka, Guanako dan Vikuna. Nama unta dalam bahasa Inggeris camel datang
melalui bahasa Greek κάμηλος (kámēlos) daripada bahasa Arab جمل (jamal)
atau bahasa Ibrani גמל (gahmal).
Unta Camelus Bactrianus mempunyai dua lapis bulu: selapis bulu halus
yang hangat di dalam, serta selapis bulu yang panjang dan kasar di luar.
Haiwan ini menggugur kedua-dua lapis bulunya dalam gumpalan yang
biasanya dikumpul. Struktur bulunya serupa dengan sakhlat kashmir. Bulu
halus yang panjangnya biasa antara satu hingga tiga inci (2-8
sentimeter) dipintal menjadi yan untuk kaitan. Unta menghasilkan 5 paun
(2 kilogram) bulu setahun.
Manusia membela jinak unta lebih kurang 5,000 tahun dahulu. Kedua-dua
jenis Camelus dromedarius dan Camelus Bactrianus masih diternak untuk
susunya yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu, untuk dagingnya,
dan sebagai haiwan tenaga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar